Siaran Akhbar IBTE COVID-19

28 Mac 2020

SIARAN AKHBAR

Dalam usaha bersama membendung risiko jangkitan CoVID-19 di negara ini, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dengan ini memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sementara kaunter-kaunter pertanyaan Am, urusan kewangan, urusan pendaftaran dan sebagainya di Ibu Pejabat dan Kampus-Kampus IBTE termasuk Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan (CET) sejak 19 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sementera itu, bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar-pelajar adalah terjaga dan terhindar dari sebarang kemungkinan jangkitan, pihak IBTE juga ingin memaklumkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi semester ini akan dikendalikan secara dalam talian (online) bermula pada hari Isnin 30 Mac 2020.

Untuk makluman, pihak IBTE juga telah mengaktifkan Business Continuity Plan (BCP) bagi menjaga kesejahteraan tenaga pengajar serta warga IBTE dengan memberi kelonggoran bagi mereka yang termasuk dalam kategori vulnerable seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan untuk bertugas dari rumah kediaman masing-masing (Work From Home – WFH) atau melalui kaedah flexible working arrangement seperti yang dinyatakan di dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 6/2020.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai adalah disarankan untuk menghubungi numbor-numbor semasa waktu bekerja seperti berikut:

 

 

Pihak IBTE juga boleh dihubungi melalui:

Email : enquiry@ibte.edu.bn
Email (pendaftaran) : tvecas@ibte.edu.bn
Website : https://ibte.edu.bn
Facebook : Brunei Technical Education
Instagram : ibteignite

Sebarang kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan pihak IBTE memohon maaf atas perkara ini. Dikesempatan ini, IBTE mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai dalam mematuhi larangan dan mempraktikkan penjarakkan sosial.

-TAMAT-

Tarikh: 03 Sya’ban 1441 / 28 Mac 2020
Rujukan: IBTE/A1/1.5

 

20200328 Siaran Akhbar IBTE CoVID19

Ask us anything