MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN ISO 9001:2015 IBTE

IBTE sekali lagi melakar satu sejarah apabila dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 yang berlangsung di The Longhouse Training Restaurant, IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal, Jalan Muara.

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Yang Mulia Dr Haji Zamri bin Haji Sabli, Pemangku Pengarah / Ketua Pegawai Eksekutif IBTE. Penyampaian Sijil disempurnakan oleh Yang Mulia Mr. Ram M. Desai, Pengurus Pensijilan, Bureau Veritas Brunei.

Penyampaian sijil disaksikan oleh Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengelola IBTE (Chairman Board of Governance)

Penganugerahan sijil ini merupakan satu pengiktirafan dan motivasi kepada seluruh warga IBTE untuk meningkat kualiti perkhidmatan yang efisien seperti pendaftaran kemasukan pelajar, perkembangan kurikulum, penyediaan infrastruktur, pengajaran dan pembelajaran dan penilaian pelajar. Selain itu, ianya membantu usaha pengiktirafan dan akreditasi program-program yang ditawarkan oleh IBTE di peringkat nasional dan antarabangsa.

IBTE telah dianugerahkan pensijilan ISO sejak Mei 2016 dengan ISO 9001:2008 dan pada hari ini, IBTE beralih kepada piawaian ISO yang baru bagi menggantikan versi sebelumnya.

Ask us anything