IBTE Mengadakan Ceramah Sempena Majlis Sambutan Bagi Memperingati Peristiwa Isra’ Mi’raj

IBTE Mengadakan Ceramah Sempena Majlis Sambutan Bagi Memperingati Peristiwa Isra’ Mi’raj

Gadong, – Isra’ Mi’raj merupakan sebuah peristiwa penting bersejarah bagi umat Islam yang mengisahkan perjalanan Nabi Muhammad SAW di malam hari yang terjadi pada 27 Rejab. Ia adalah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Harram ke Masjidil Aqsa, dan kemudiannya diMi’rajkan ke Sidratulmuntaha.

Bagi memperingati peristiwa tersebut, satu majlis telah diadakan di Ibu Pejabat IBTE di Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Pendidikan Teknik, Yang Mulia Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli. Acara tersebut turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai serta Kakitangan Ibu Pejabat IBTE.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini adalah bertujuan untuk menghiburkan hati Nabi Muhammad SAW yang sedang menghadapi dua musibah iaitu kehilangan dua insan yang sangat dikasihinya iaitu kewafatan isteri, Siti Khadijah Al-Khuwailid serta bapa saudaranya, Abu Talib. Tahun tersebut dikenali sebagai ‘Aam al Huzni’ atau tahun berdukacita.

Jelas beliau, Perjalanan Isra’ Baginda dari Masjidil Harram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa hanya dengan menunggang binatang bernama Buraq dan sampai di Masjid Al-Aqsa, Baginda menunaikan solat berjemaah sekaligus menjadi imam para Nabi dan Rasul terdahulu.

Manakala, Mi’raj adalah ketika Baginda dibawa naik ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha sendirian iaitu satu tempat yang hanya Rasullulah sahaja yang dibenarkan dan bertemu dengan Allah SWT dan dari situlah perintah solat waktu diwajibkan sebanyak 5 kali sehari semalam.

Ini adalah antara ini pati ceramah yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Yang Mulia, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin.

Majlis sambutan ini merupakan kegiatan tahunan IBTE yang bertujuan bagi sama-sama turut menyemarakan serta memperingati peristiwa Isra & Mi’raj Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu, sambutan sebegini juga dapat meningkatkan lagi keimanan serta ketakwaan lebih-lebih lagi dalam menyambut bulan Ramadhan yang akan datang.

Ask us anything