IBTE mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah Khas Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran Tahun 1442/2021

IBTE mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah Khas Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran Tahun 1442/2021

Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi Pegawai dan Kakitangan IBTE bertempat di Ibu Pejabat IBTE, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat, Yang Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli yang juga mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan acara dan diteruskan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta khatam. Acara tersebut turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai serta Kakitangan Ibu Pejabat IBTE.

Acara diserikan dengan ceramah khas sempena Sambutan Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Penceramah Undangan, Yang Mulia Ustaz Haji Suhaimi bin Haji Mohd Noor dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Acara ini merupakan aktiviti tahunan bagi ibupejabat IBTE yang bertujuan untuk meraih keberkatan dan syafaat Al-Quran dengan membanyakkan pembacaan Al-Quran serta memupuk budaya membaca Al-Quran dikalangan pegawai dan kakitangan IBTE.

Ask us anything