Majlis Pelancaran Protokol Hijau Bagi Institut Pendidikan Teknikal Brunei

Majlis tersebut telah di adakan pada Hari Sabtu 12 Jamadilakhir 1443H bersamaan dengan 15hb Januari 2022, bertempat di IBTE Kampus Bisnes. Tetamu kehormat ialah Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif IBTE.

Majlis tersebut telah berlangsung pada pukul 3.30 petang. Tiga pohon Tabebuia dan 2 pohon Bidara telah di tanam sempena majlis tersebut.

Sempena Protokol Hijau, sebanyak 180 pohon pokok akan di tanam di kampus-kampus IBTE demi untuk mencapai sasaran Negara dalam melaksanakan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam National Climate Change Policy).

Langkah-langkah tersebut adalah sebagai contoh (lead by example) oleh pihak Kerajaan, untuk mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) dari premis-premis Perkhidmatan Awam seperti;

  1. Penggunaan Tenaga
  2. Penggunaan Air
  3. Penggunaan Kertas
  4. Penggunaan Plastik
  5. Pembuangan Sisa-Sisa Pepejal
  6. Pengurusan Acara-Acara Rasmi
  7. Penanaman Pokok
Ask us anything