Majlis Konvokesyen IBTE DITAGGUHKAN

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-29, INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI (IBTE) DITANGGUHKAN


Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) mengambil maklum terhadap
peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 di negara ini dalam tempoh
beberapa hari kebelakangan ini.


Sehubungan dengan itu, setelah mengambil kira semua faktor risiko dan penilaian
meliputi keselamatan dan kesejahteraan semua, pihak IBTE telah membuat
ketetapan bagi menangguhkan penganugerahan diploma dan sijil yg dijadualkan
pada 14 Februari hingga 16 Februari 2022 sehingga satu tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian apabila keadaan mengizinkan.


Segala kesulitan yang berbangkit akibat daripada penangguhan ini terutamanya
yang berkaitan dengan persiapan dan perancangan awal yang telah dilakukan
adalah amat dikesali.


Dalam hal ini juga, pihak IBTE amat menghargai keperihatinan, kefahaman dan
kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat.
Marilah kita sama-sama berdoa dan membantu memutuskan rangkaian wabak
COVID-19 ini.


Terima kasih


Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli
Pengarah Pendidikan Teknikal/
Ketua Pegawai Eksekutif IBTE

Ask us anything