29th Majlis Konvokesyen IBTE Hari Kedua Sesi Pagi

Berakas – Seramai 247 graduan IBTE menerima sijil pada sesi pertama pagi ini terdiri dari 146 graduan yang menerima Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (HNTec) dan seramai 101 graduan menerima Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (NTec).  Penyampaian sijil ini disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu Yang Mulia  Datin Seri Paduka Dr Hjh Romaizah binti Hj Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengelola IBTE.

Graduan terdiri dari pelajar:

School of Building Technology Services
HNTec in Design and Draughting
HNTec in Geomatics
NTec in Building Craft
 
School of Energy and Engineering Central
HNTec in Automobile Technology
HNTec in Electrical Engineering

Antara penerima pada sesi ini adalah graduan dari IBTE School of Building Technology Services dan IBTE School of Energy dan Engineering Central. 

Tetamu kehormat majlis juga menyempurnakan penyampaian hadiah kepada beberapa orang penerima-penerima anugerah seperti berikut:

  • Anugerah Pelajar Terbaik (Best Student Award):
    • Nur Huwaida Rafi’ah binti Awang Hamdani (HNTec in Geomatics)
    • Nurul Fatin Syahirah binti Azemi (NTec in Building Craft)
  • Anugerah Khas Pelajar (Student Special Award):
    • Muhammad ‘Afif Mu’izzaddin bin Shahrul-Anuar (IBTE School of Energy and Engineering Central)
    • Nurul Asyiqin binti Matarsad (IBTE School of Building Technology Services)

Majlis diteruskan lagi dengan sesi kedua sebelah pagi bagi penyampaian sijil kepada 239 graduan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat Yang Mulia Dr Hj Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.  Penerima-penerima pada sesi ini terdiri dari graduan lepasan IBTE School of Energy and Engineering Central dan IBTE School of Energy and Engineering Satellite.  Dari jumlah tersebut, seramai 92 graduan menerima Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (HNTec) dan seramai 147 graduan menerima Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (NTec).

Graduan terdiri dari pelajar:

School of Energy and Engineering Central
NTec Apprenticeship in Automotive Technician
NTec in Electrical Technology
NTec in Heavy Vehicle Mechanics
NTec in Lights Vehicle Mechanics
 
School of Energy and Engineering Satellite
HNTec in Building Services Engineering
HNTec in Instrumentation and Control Engineering
HNTec in Mechanical Engineering
NTec Apprenticeship in Refrigeration and Air-Conditioning
NTec in Industrial Equipment Maintenance

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada dua (2) graduan, seperti berikut:

  • Anugerah Pelajar Terbaik (Best Student Award):
    • Nurnadia binti Ali (HNTec in Instrumentation and Control Engineering)
  • Anugerah Khas Pelajar (Student Special Award):
    • Noor Zuriah binti Mohammad Rapi (IBTE School of Energy and Engineering Satellite)
Ask us anything