29th Majlis Konvokesyen IBTE Hari Ketiga Sesi Pagi

Berakas – Seramai 688 graduan menerima sijil masing-masing pada hari terakhir di Majlis Konvokesyen IBTE kali ke 29 yang dibahagikan kepada tiga sesi.

Pada sesi pertama, seramai 99 graduan menerima Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (HNTec) dan seramai 143 graduan menerima Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (NTec).  Hadir menyampaikan sijil pada sesi pertama ini ialah Yang Mulia Awang Hj Mohammad Nazri bin Hj Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Info Komunikasi selaku Ahli Lembaga Pengelola IBTE.

Graduan yang menerima sijil pada sesi ini adalah graduan dari IBTE School of Hospitality.

Graduan terdiri dari pelajar:

School of Hospitality and Tourism
HNTec in Hospitality Operations
HNTec in Travel and Tourism
NTec Apprenticeship in Professional Cookery and Services
NTec in Culinary Operations
NTec in Rooms Division Operations
HNTec in Laboratory Technician

Tetamu kehormat majlis juga menyempurnakan penyampaian hadiah kepada beberapa orang penerima-penerima anugerah seperti berikut:

  • Anugerah Pelajar Terbaik (Best Student Award):
    • Dyg Nur Afiqah binti Awang Haji Suhaimi (HNTec in Hospitality Operations)
    • Muhammad Abdul Qaiyum bin Haji Rabaee (NTec Apprenticeship in Professional Cookery and Services)
  • Anugerah Khas Pelajar (Student Special Award):
    • Henny Rena binti Abdullah Garisu @ Henny Rena bin Garisu (School of Hospitality and Tourism)

Manakala pada sesi kedua sebelah pagi, penyampaian sijil kepada 247 graduan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat Yang Mulia Dr Hajah Siti Haziah binti Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pengarah Strategi Tenaga Manusia / Ketua Sekeretariat Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC), Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Lembaga Pengelola IBTE.  Penerima-penerima pada sesi ini terdiri dari graduan lepasan IBTE School of Information and Communication Technology.  Dari jumlah tersebut, seramai 160 graduan menerima Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (HNTec) dan seramai 87 graduan menerima Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (NTec).

Graduan terdiri dari pelajar:

School of Information and Communication Technology
HNTec in Computer Networking 
HNTec in Information and Library Studies 
HNTec in Information Technology 
NTec in Information Technology 

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada dua (2) graduan, seperti berikut:

  • Anugerah Pelajar Terbaik (Best Student Award):
    • Awg Md Farhan Azwar bin Awg Md Sharol Shaheezam (NTec in Information Technology)
  • Anugerah Khas Pelajar (Student Special Award):
    • Mohmad Hafiz bin Mohmad Bekeri (HNTec in Informational Technology)
Ask us anything