50th TVET Doa Kesyukuran

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-50 JUBLI EMAS PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI

Masjid Ash-Shaliheen. Jalan Perdana Menteri, BSB

Tarikh: 7 Mac 2022 bersamaan 4 Syaaban 1443H

BSB – Majlis membaca surah Yassin dan Doa Kesyukuran sempena Jubli Emas Pendidikan Teknikal Brunei telah diadakan pada hari ini bertempat di Masjid Ash Shaliheen, Jalan Perdana Menteri.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad selaku Ahli Lembaga Pengelola IBTE.

Juga hadir ialah Pengarah Pendidikan Teknik, Yang Mulia Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli, Ahli-ahli Lembaga Pengelola IBTE, mantan-mantan Pengarah Pendidikan Teknikal, tenaga pengajar dan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun ke-50 Jubli Emas Pendidikan Teknikal Brunei.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil beramai-ramai. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Jubli Emas Pendidikan Teknikal Brunei yang dibacakan oleh Yang Mulia Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Imam Masjid Ash-Shaliheen.

Pada masa yang sama, masjid Ash-Shaliheen juga menerima sumbangan wakaf dari warga IBTE berupa alat-alat seperti LCD projector, projector screen, printer dan portable speaker with microphone .

Majlis ini merupakan salah satu daripada kegiatan keagamaan dan antara tujuannya ada lah untuk memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi serta menzahirkan rasa penghargaan serta pengorbanan para mantan pengarah, dan warga pendidikan teknikal.

Disediakan oleh

Unit Perhubungan Korporat

IBTE

Ask us anything