Salam Sejahtera,
Kemahiran dan kecekapan tenaga kerja bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara di mana Pendidikan Teknikal adalah salah satu elemen penting dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran bagi meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara. Kebanyakkan negara diseluruh dunia menyedari akan kepentingan pendidikan teknikal yang mana ianya merupakan penjana utama kepada pembangunan sosio-ekonomi. Di negara kita pada hari ini, pendidikan teknikal memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam pembangunan sumber tenaga manusia yang berkemahiran, berpengetahun dan mempunyai sifat keusahawan yang boleh disalurkan kepada industri-industri.
Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) sentiasa komited di dalam memberikan pendidikan dan latihan teknikal dengan memfokuskan kepada pembangunan sumber tenaga manusia berkemahiran yang dapat memenuhi keperluan pihak industri. IBTE juga begitu peka dengan misinya untuk membantu pelajar-pelajar khususnya para belia tanahair yang dahagakan pengetahuan dan melatih mereka supaya dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan sekaligus melahirkan belia yang berwawasan. Saya menaruh keyakinan tinggi bahawa pelajar-pelajar IBTE akan dapat menjadi aset penting kepada negara di masa akan datang.
Pada Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Kali Ke-24 ini, seramai 2,075 orang graduan akan menerima diploma dan sijil masing-masing dalam pelbagai program latihan kemahiran yang ditawarkan di IBTE. Beberapa anugerah juga akan disampaikan kepada graduan-graduan yang telah mencapai prestasi yang cemerlang bukan saja di dalam pengajian mereka, bahkan juga penglibatan mereka melalui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Saya percaya kejayaan ini adalah hasil usaha yang gigih dari pelajar-pelajar serta sokongan yang jitu dari ibu bapa dan dedikasi yang tinggi dari tenaga pengajar.
Saya dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang akan menerima diploma-diploma dan sijil-sijil dalam bidang kemahiran masing-masing. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang akan menerima anugerah pelajar terbaik dan anugerah prestasi cemerlang. Kejayaan ini adalah titik permulaan bagi pelajar-pelajar untuk mencapai kecemerlangan seterusnya di masa akan datang.
Dalam kesempatan ini, saya dengan ikhlas ingin merakamkan ucapan penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang berkepentingan kerana telah memberi sokongan yang tidak putus-putus kepada IBTE dalam mencapai matlamatnya untuk melahirkan graduan yang berkemahiran dan berkebolehpasaran kerja. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada pihak industri dan kerajaan terutama daripada Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO); Kementerian Perhubungan dan agensi-agensi yang berkaitan di bawahnya; Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi; serta pihak-pihak dari sektor awam dan rakan-rakan industri yang terlibat dengan IBTE yang tidak disebutkan di sini, IBTE tidak akan dapat mencapai beberapa kejayaan yang ada hari ini. Ucapan ikhlas terima kasih juga ditujukan kepada Kementerian Pendidikan dan Ahli-Ahli Lembaga Pengelola IBTE kerana telah memberi sokongan yang berterusan kepada IBTE. IBTE mengharapkan sokongan yang berterusan daripada semua pihak bagi sama-sama menyokong dan membantu Negara Brunei Darussalam untuk mencapai Wawasan 2035.
Akhirnya, saya dengan sukacita juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Jawatankuasa, pihak-pihak penaja dan mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Brunei Kali Ke-24 ini.
Sekian, terima kasih.
DR. CHIN WEI KEH
7:45 pagi | Kehadiran Ibubapa dan Penjaga |
8:15 pagi | Ahli-ahli Lembaga Akademik dan Graduan-Graduan Berarak Masuk ke Dewan Plenari |
8:30 pagi | Kehadiran Ahli-ahli Lembaga Pengelola IBTE, Ahli-ahli Lembaga BDTVEC dan Jemputan Khas Taklimat HSE – di umumkan sebelum ketibaan Tetamu Kehormat |
8:45 pagi | Ketibaan Tetamu Kehormat dan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat Menteri Perhubungan Negara Brunei Darussalam Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam |
Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran | |
Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis | |
Ucapan Tetamu KehormatYang Berhormat | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal (HNTec) ● Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal (NTec) ● Sijil Kelayakan Kemahiran Perindustrian (ISQ) | |
Persembahan Tausyeh | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● Sijil Kemahiran 3 (SC3) ● Sijil Kemahiran 2 (SC2) | |
Penganugerahan Pelajar Terbaik | |
Doa Selamat | |
Majlis Bersurai |
1:30 petang | Kehadiran Ibubapa dan Penjaga |
1:45 petang | Ahli Lembaga Akademik dan Graduan-Graduan Berarak Masuk ke Dewan Taklimat HSE – di umumkan sebelum ketibaan Tetamu Kehormat |
2:15 petang | Ketibaan Tetamu Kehormat Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar Timbalan Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam |
Bacaan Surah Al-Fatihah | |
Penganugerahan Diploma Kebangsaan (ND) dan Diploma | |
Doa Selamat | |
Majlis Bersurai |