Salam Sejahtera
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Sememangnya konvokesyen yang kita raikan pada hari ini sangat memberi makna kepada semua pelajar IBTE yang telah menamatkan pengajian mereka.
Pada majlis konvokesyen kali ini, kita akan sama-sama menyaksikan 1776 orang graduan yang berjaya dianugerahkan BDTVEC Diploma, HNTec, NTec, SC3, SC2 dan ISQ dalam pelbagai bidang.
IBTE sangat peka tentang perubahan dalam bidang latihan industri dari masa ke semasa dan sentiasa komited untuk memastikan kualiti pendidikan dan latihan yang dijalankan di Institut ini relevan dengan keperluan industri. Jesteru itu, program-program yang ditawarkan adalah diharapkan akan dapat melahirkan graduan-graduan yang berkebolehan dan benar-benar berkemahiran serta mempunyai nilai ‘employability’ yang tinggi.
Selain dari itu, perubahan gaya pengurusan turut sama mengangkat martabat IBTE sebagai sebuah institusi pilihan utama yang berkualiti melalui perkongsian hala tuju dan kualiti latihan yang berlatar belangkan suasana pembelajaran autentik.
Besarlah harapan saya melihat agar semua graduan IBTE akan sentiasa terus mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang- bidang kemahiran yang diceburi.
Akhirnya, saya dengan hati yang tulus ikhlas mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan yang menerima sijil mereka pada hari ini. Tidak lupa juga ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan terutamanya kepada Tetamu Kehormat Majlis, Ahli-Ahli Jawatankuasa dan semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-25 ini.
Sekian, terima kasih.
DR. CHIN WEI KEH
PENGARAH PENDIDIKAN TEKNIK7:45 pagi | Kehadiran Ibubapa dan Penjaga |
8:15 pagi | Ahli-ahli Lembaga Akademik dan Graduan-Graduan Berarak Masuk ke Dewan Plenari |
8:30 pagi | Kehadiran Ahli-ahli Lembaga Pengelola IBTE, Ahli-ahli Lembaga BDTVEC dan Jemputan Khas Taklimat HSE |
8:45 pagi | Ketibaan Tetamu Kehormat dan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam |
Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran | |
Ucapan Alu-Aluan Pengerusi MajlisYang Mulia | |
Ucapan Tetamu KehormatYang Berhormat | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● BDTVEC Diploma ● Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal (HNTec) | |
Persembahan Tausyeh | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal (HNTec) | |
Penganugerahan Pelajar Terbaik dan Anugerah Khas | |
Doa Selamat | |
Majlis Bersurai |
1:30 petang | Kehadiran Ibubapa dan Penjaga |
1:45 petang | Ahli Lembaga Akademik dan Graduan-Graduan Berarak Masuk ke Dewan |
2:00 petang | Kehadiran Ahli-ahli Lembaga Pengelola IBTE, Ahli-ahli Lembaga BDTVEC dan Jemputan Khas Taklimat HSE – di umumkan sebelum ketibaan Tetamu Kehormat |
2:15 petang | Ketibaan Tetamu Kehormat Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom Bin Pengiran Haji Bahar Timbalan Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam |
Bacaan Surah Al-Fatihah | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal (NTec) ● BDTVEC Sijil Kemahiran 3 (SC3) ● BDTVEC Sijil Kemahiran 2 (SC2) ● Sijil Kemahiran Kelayakan Perindustrian (ISQ) | |
Doa Selamat | |
Majlis Bersurai |