Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajmaeen.
Alhamdulillah, pada hari ini kita berpeluang lagi untuk mengungkayahkan Majlis Konvokesyen IBTE kali ke 26. Seramai 1541 graduan akan menerima sijil mereka dalam bidang kemahiran masing-masing.
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional memainkan peranan yang amat signifikan pada masa ini dalam perkembangan dan kemajuan sosial serta ekonomi sesebuah negara. Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) adalah salah satu institusi pendidikan pasca menengah yang mempunyai tanggungjawab yang besar dalam merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi serta berdisiplin ke arah mencapai Wawasan 2035. Justeru, pelbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan bersama dengan pihak-pihak yang berkepentingan bagi meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dan mengikuti keperluan industri semasa. Usaha berterusan seperti ini adalah mustahak bagi melahirkan lebih ramai lagi pelajar-pelajar yang berkemahiran tinggi yang bakal menampung keperluan sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang di negara ini. Perkara ini telah terbukti apabila beberapa buah syarikat telah tampil kehadapan dan menandatangani memorandum persefahaman bagi beberapa program yang dikendalikan oleh IBTE.
Di kesempatan ini, saya dengan tulus ikhlas mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang akan menerima sijil mereka pada hari ini. Kejayaan yang diperolehi adalah hasil usaha dan komitmen pelajar sendiri beserta bimbingan tenaga pengajar yang begitu dedikasi. Tidak lupa juga dorongan dan sokongan yang berterusan dari ibubapa/penjaga turut memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan para pelajar.
Akhirnya, saya sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga IBTE serta sesiapa saja yang terlibat dalam sama-sama menjayakan Majlis Konvokesyen kali ini. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala akan memberi ganjaran pahala di atas usaha berkebajikan yang telah dihulurkan.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli
Pemangku Pengarah Pendidikan Teknik / Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif7:45 pagi | Kehadiran Ibubapa dan Penjaga |
8:15 pagi | Ahli-ahli Lembaga Akademik dan Graduan-Graduan Berarak Masuk ke Dewan |
8:30 pagi | Kehadiran Ahli-ahli Lembaga Pengelola IBTE dan Jemputan Khas |
8:45 pagi | Ketibaan Tetamu Kehormat dan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam |
Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran | |
Ucapan Alu-Aluan Pengerusi MajlisYang Mulia, | |
Ucapan Tetamu KehormatYang Berhormat | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknik (HNTec) ● Diploma (BDQF Level 4) | |
Persembahan Tausyeh: Daripada Pelajar-pelajar dari IBTE Kampus Bisnes | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal (HNTec) | |
Penganugerahan ● Pelajar Terbaik ● Anugerah Khas Pelajar | |
Bacaan Doa Selamat | |
Majlis Bersurai |
1:30 petang | Kehadiran Ibubapa dan Penjaga |
1:45 petang | Ahli Lembaga Akademik dan Graduan-Graduan Berarak Masuk ke Dewan |
2:15 petang | Ketibaan Tetamu Kehormat Yang Mulia, Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian Negara Brunei Darussalam |
Bacaan Surah Al-Fatihah | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal (NTec) ● Sijil Kemahiran Kelayakan Perindustrian (ISQ) | |
Doa Selamat | |
Majlis Bersurai |