Alhamdulillahi Rabbil ‘Alameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Alihie Wasahbihie Ajmaeen.
Alhamdulillah, pada hari ini sekali lagi kita berpeluang untuk sama-sama menyaksikan majlis konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) kali ke 27. Majlis yang diungkayahkan oleh IBTE ini adalah bagi meraikan seramai 2038 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.
Perkembangan pendidikan teknikal telah mengalami banyak perubahan sejajar dengan pembangunan negara. Perubahan yang paling signifikan adalah dalam penggunaan teknologi yang menjadi topik hangat masa kini iaitu Revolusi Industri ke-4 (IR 4.0). Bahkan, negara-negara di seluruh dunia sedang berusaha untuk memperbaharui sistem Pendidikan Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET) dan Negara Brunei Darussalam adalah tidak terkecuali.
Oleh yang demikian IBTE sentiasa merancang dan berusaha untuk memperbaharui sistem TVET dari masa ke semasa agar ia menjadi lebih relevan dan responsif kepada perubahan ini. Sehubungan itu, saya berharap semua warga IBTE akan dapat memberikan sokongan yang padu dan kerjasama dalam apa jua bentuk bagi membantu menaikkan sistem pendidikan TVET di negara ini.
Akhirnya, dalam kesempatan ini, saya dengan tulus ikhlas mengucapkan syabas dan tahniah kepada graduan kerana telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang. Sehubungan itu, saya berharap agar segala kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi ini akan sentiasa berterusan di masa akan datang.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli
Pemangku Pengarah Pendidikan Teknik / Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
Selaku Pengerusi Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Brunei
7:45 pagi | Kehadiran Ibubapa dan Penjaga |
8:15 pagi | Ahli-ahli Lembaga Akademik dan Graduan-Graduan Berarak Masuk ke Dewan Plenari |
8:30 pagi | Kehadiran Ahli-ahli Lembaga Pengelola IBTE dan Jemputan Khas |
9:00 pagi | Ketibaan Tetamu Kehormat Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam |
Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran | |
Ucapan Alu-Aluan Pengerusi MajlisYang Mulia, | |
Ucapan Tetamu KehormatYang Berhormat | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● Diploma (BDQF Level 5) ● Diploma (BDQF Level 4) ● Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknik (HNTec) | |
Persembahan Tausyeh: Pelajar-pelajar dari School of Energy & Engineering Satellite, IBTE Kampus Jefri Bolkiah | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknik (HNTec) | |
Penganugerahan ● Pelajar Terbaik ● Anugerah Khas Pelajar | |
Bacaan Doa Selamat | |
Majlis Bersurai |
1:30 petang | Kehadiran Ibubapa dan Penjaga |
1:45 petang | Ahli Lembaga Akademik dan Graduan-Graduan Berarak Masuk ke Dewan Plenari |
2:15 petang | Ketibaan Tetamu Kehormat Yang Mulia, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh Timbalan Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam |
Bacaan Surah Al-Fatihah | |
Penganugerahan Sijil-Sijil: ● Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknik (NTec) ● Sijil Kemahiran Kelayakan Perindustrian (ISQ) | |
Majlis Bersurai |