FAQs on TVeCAS Payment

Soalan Lazim mengenai Pembayaran TVeCAS

TVeCAS

Numbered Speech Bubble
1
What is the purpose of the TVeCAS registration fee?

Apakah tujuan bayaran pendaftaran TVeCAS ini?

The TVeCAS registration fee of BND10 is intended for processing applications within the TVeCAS system. This includes eligibility assessment, candidate selection administration, as well as system maintenance and services.

Yuran pendaftaran TVeCAS sebanyak BND10 ini bertujuan untuk pemprosesan permohonan dalam sistem TVeCAS, termasuk penilaian kelayakan, pentadbiran pemilihan calon, serta penyelenggaraan sistem dan perkhidmatan.

Numbered Speech Bubble
2
When was this registration fee introduced?

Bilakah bayaran pendaftaran ini mula diperkenalkan?

The registration fee was introduced for applications submitted through TVeCAS for the July 2025 intake and onwards.

Bayaran pendaftaran ini mula diperkenalkan bagi permohonan melalui TVeCAS untuk pengambilan Julai 2025 dan seterusnya.

Numbered Speech Bubble
3
Does payment of the registration fee guarantee a place at IBTE?

Adakah pemohon dijamin tempat di IBTE setelah membuat pembayaran?

No. The TVeCAS fee is solely a processing fee and does not guarantee admission. Selection is still subject to eligibility requirements, passing an interview, and program quota limitations.

Tidak. Yuran TVeCAS hanyalah yuran pemprosesan dan tidak menjamin pemohon akan diterima masuk. Pemilihan tetap bergantung kepada syarat kelayakan, lulus temuduga dan kuota program yang telah ditetapkan.

Numbered Speech Bubble
4
If my application is unsuccessful, will the registration fee be refunded?

Jika permohonan tidak berjaya, adakah bayaran ini akan dikembalikan?

No. The TVeCAS fee is non-refundable as it is a processing fee, not an enrollment or tuition fee.

Tidak. Yuran TVeCAS tidak akan dikembalikan kerana ia merupakan bayaran pemprosesan, bukan bayaran pendaftaran atau yuran pembelajaran.

Numbered Speech Bubble
5
If my application is unsuccessful and I wish to reapply next year, do I need to pay again?

Sekiranya pemohon tidak berjaya dan ingin memohon semula pada tahun berikutnya, adakah bayaran perlu dibuat sekali lagi?

Yes. Applicants who wish to reapply for the next intake must pay the BND10 registration fee again.

Ya. Pemohon yang ingin membuat permohonan semula untuk pengambilan seterusnya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak BND10 sekali lagi.

Numbered Speech Bubble
6
Where are the IBTE payment counters located?

Dimanakah kaunter pembayaran IBTE?

Payments can be made at the following IBTE payment counters:
  • IBTE Headquarters, Finance Division
  • IBTE Agro-Technology Campus
  • IBTE Business Campus
  • IBTE Jefri Bolkiah Campus
  • IBTE Mechanical Campus
  • IBTE Nakhoda Ragam Campus
  • IBTE Sultan Bolkiah Campus
  • IBTE Sultan Saiful Rijal Campus
For payment counter addresses, click here.


Bayaran boleh dibuat di kaunter pembayaran IBTE yang terletak di lokasi berikut:
  • Ibu Pejabat IBTE, Bahagian Kewangan
  • IBTE Kampus Agro-Teknologi
  • IBTE Kampus Bisnes
  • IBTE Kampus Jefri Bolkiah
  • IBTE Kampus Mekanikal
  • IBTE Kampus Nakhoda Ragam
  • IBTE Kampus Sultan Bolkiah
  • IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal
Alamat-alamat kaunter pembayaran, tekan di sini.

Numbered Speech Bubble
7
Are there any other payment methods besides paying at IBTE counters?

Adakah terdapat kaedah pembayaran lain selain pembayaran di kaunter IBTE?

Currently, all payments must be made at the IBTE payment counters listed above.

Pada masa ini, semua bayaran perlu dibuat di kaunter pembayaran IBTE yang disenaraikan di atas.

Numbered Speech Bubble
8
Why can payments only be made at IBTE counters?

Kenapa pembayaran hanya boleh dibuat di kaunter IBTE?

Payments at the counter are required to ensure IBTE can physically verify the applicant’s name and identification number. Additionally, applicants receive an official receipt from IBTE immediately upon payment.

Pembayaran di kaunter diperlukan bagi memastikan pihak IBTE dapat membuat pengesahan nama dan nombor kad pengenalan pemohon secara fizikal dan menerima resit rasmi daripada pihak IBTE dengan serta-merta.


IDENTIFICATION VERIFICATION DURING PAYMENT

PENGESAHAN KAD PENGENALAN PEMOHON SEMASA MEMBUAT PEMBAYARAN:


Numbered Speech Bubble
9
What documents are required for TVeCAS fee payment?

Dokumen apa yang perlu dibawa untuk membuat bayaran yuran TVeCAS?

Applicants or their representatives must bring the applicant’s original identification card for verification of full name and identification number.

Pemohon atau wakil perlu membawa kad pengenalan asal pemohon untuk pengesahan nama penuh dan nombor kad pengenalan pemohon.

Numbered Speech Bubble
10
What should I do if my name is incorrect in the TVeCAS system during payment?

Apa yang perlu dilakukan jika nama didapati salah dalam sistem TVeCAS semasa membuat pembayaran?

Applicants must update their name in their TVeCAS account to match their identification card. This correction must be made immediately before proceeding with payment to ensure data consistency and accurate identity verification.

Pemohon hendaklah mengubah nama di dalam akaun TVeCAS masing-masing mengikut seperti dalam kad pengenalan. Perubahan ini mesti dilakukan serta-merta sebelum meneruskan proses pembayaran untuk memastikan keseragaman data dan pengesahan identiti yang tepat.

Numbered Speech Bubble
11
What should I do if my identification number is incorrect in the TVeCAS system?

Apa yang perlu dilakukan jika nombor kad pengenalan dalam system TVeCAS salah?

Applicants must promptly send an official email to admission@ibte.edu.bn, including the following details:
  1. Full name as per identification card
  2. Correct identification number
  3. Incorrect identification number in the system
  4. Contact phone number
  5. A copy of the identification card (in PDF format or a clear image)
IBTE will review the correction request and provide feedback as soon as possible. Note:
  • Ensure all provided information is accurate to avoid delays in processing your application.
  • All corrections must be made before the application deadline to ensure the updated data is used in the selection process.
If you have any further inquiries, please contact IBTE via email: admission@ibte.edu.bn


Pemohon hendak segera menghantar e-mel rasmi ke admission@ibte.edu.bn dengan perlu menyertakan butiran berikut:
  1. Nama penuh seperti dalam kad pengenalan
  2. Nombor kad pengenalan yang betul
  3. Nombor kad pengenalan yang salah dalam system
  4. Nombor telefon untuk dihubungi
  5. Salinan kad pengenalan (dalam format PDF atau gambar yang jelas)
Pihak IBTE akan menyemak permohonan pembetulan dan memberi maklum balas secepat mungkin. Nota:
  • Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat untuk mengelakkan kelewatan dalam pemprosesan permohonan anda.
  • Sebarang pembetulan perlu dilakukan sebelum tarikh tutup permohonan untuk memastikan data yang dikemaskini digunakan dalam proses pemilihan calon.

Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi IBTE melalui e-mel: admission@ibte.edu.bn

Ask us anything