PENUNTUT IBTE RAIH PINGAT EMAS, PINGAT GANGSA DAN PENGHARGAAN ‘BEST NEWCOMER’

Berakas, 27 JUN 2024- Kontinjen Negara Brunei Darussalam telah selamat tiba di Negara Brunei Darussalam pada petang ini setelah menyertai Pertandingan Kemahiran Antarabangsa Belt and Road Kedua yang diadakan di Chongqing, Republik Rakyat China.

 Tiga (3) orang penuntut dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah ikut serta di dalam tiga (3) bidang kemahiran di dalam pertandingan tersebut dan berjaya merangkul beberapa pingat. Pingat emas bagi bidang kemahiran ‘Internet Marketing’ telah berjaya diraih oleh Mohammad Adiman bin Sezeli, penuntut dari IBTE Sekolah Infokomunikasi dan Teknologi, sementara pingat gangsa bagi bidang kemahiran ‘Coffee Making’ telah dimenangi oleh Mohd Amirul Azim bin Mohd Manan, penuntut dari IBTE Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan. Manakala dalam bidang kemahiran ‘Information Network Cabling’, Mohammad Dinie Daim bin Suhainin, penuntut dari IBTE Sekolah Penerbangan telah berjaya meraih anugerah ‘Best Newcomer’.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontijen Brunei ialah Pengarah Pendidikan Teknik/ Ketua Pegawai Eksektif IBTE, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli, serta pegawai-pegawai Urusan Tertinggi dan pegawai-pegawai IBTE. Pertandingan Kemahiran Antrabangsa Belt and Road Kedua pada tahun ini bertemakan ’Skill Cooperation, Joint Development’, dan telah diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Chongqing, Republik Rakyat China, bermula dari 24 Jun 2024 hingga 26 Jun 2024.

Ask us anything