IKLAN JAWATAN KOSONG: PEGAWAI PENDIDIKAN PG.3 (BERGAJI HARI)

JAWATAN KOSONG DIBUKAKAN:
PEGAWAI PENDIDIKAN PG.3
(BERGAJI HARI)

KOD RUJUKAN IKLAN : 2026/TP/II/PP

PENGIKLANAN JAWATAN MENURUT PERATURAN 7 (a) GAJI HARI

IKLAN ADALAH DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI

Institut Pendidikan Teknikal Brunei mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan dan bersesuaian untuk memohon jawatan yang diiklankan.


BIDANG DAN JUMLAH KEKOSONGAN

KEKOSONGAN = LIMA BELAS (15)

  1. Aquaculture / Aquaculture and Fisheries (01 Kekosongan)
  2. Bahasa Inggeris (02 Kekosongan)
  3. Computing / Software Development / Data Analytics (01 Kekosongan)
  4. Culinary (01 Kekosongan)
  5. Mechanical Engineering (02 Kekosongan)
  6. Mechanical Engineering (Agriculture) (01 Kekosongan)
  7. Nursing (02 Kekosongan)
  8. Pengajian Brunei (02 Kekosongan)
  9. Pharmacology (01 Kekosongan)
  10. Real Estate / Property Management (01 Kekosongan)
  11. Tourism (01 Kekosongan)

SYARAT-SYARAT AM

  1. Pemohon terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei serta Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
  3. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.

KELAYAKAN MINIMUM

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding sekurang-kurangnya Kepujian Kelas Kedua. Mempunyai Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas adalah merupakan satu kelebihan.
  2. Mempunyai salah satu kelulusan Bahasa Inggeris seperti berikut:
Kelulusan Bahasa Inggeris Gred Minima
Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa GCE ‘O’ LevelKredit
International English Language Testing System (IELTS)6.0
Kelulusan TOEFLScore 550
UBD English Proficiency Test (UBT – EPT)B2
UBD Bridging English Course (UBT – BEB)Pass
IGCSE English Language (as a First Language) – London/Edexcel/CambridgeC
IGCSE English Language (as a Second Language) – London/Edexcel/CambridgeB
GCE A Level English Language – London/Edexcel/CambridgeC
GCE A Level General Studies / General Paper – London/Edexcel/CambridgeC
  1. Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang dikehendaki oleh jawatan dari segi teori dan amali.
  2. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  3. Pemohon dalam bidang Nursing yang berdaftar dengan Lembaga Jururawat bagi Brunei (Nursing Board for Brunei) adalah satu kelebihan.

PERINGKAT PEMILIHAN DAN PENILAIAN SARINGAN

  1. Pemohon-pemohon adalah dikehendaki untuk mengikuti Peringkat Pemilihan dan Penilaian Saringan yang telah ditetapkan oleh Institut ini dari semasa ke semasa.
  2. Peringkat Pemilihan dan Penilaian Saringan adalah seperti berikut:
    1. Ujian Bertulis
    2. Penilaian Temu duga
    3. Penilaian Demonstrasi Pengajaran

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Mengajar dan melatih pelajar di peringkat ISQ / NTec / HNTec / dan Diploma.
  2. Mengaplikasi teori dan latihan praktikal dalam pengajaran.
  3. Menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
  4. Membantu dalam penyelidikan dan perkembangan kurikulum.
  5. Meningkatkan kualiti pengajaran bagi pembelajaran pelajar.
  6. Mengambil langkah proaktif dalam pembangunan diri untuk menjadi pakar dalam bidang modul yang diajar termasuk mengikuti latihan penempatan industri.
  7. Mengendalikan lain-lain latihan / kursus yang formal.
  8. Mengawas pelajar dalam kegiatan tambahan dan latihan industri.
  9. Menganggotai mana-mana jawatankuasa yang ditentukan oleh pihak pentadbiran Institusi.
  10. Menjalankan lain-lain tanggungjawab yang ditentukan oleh pihak pentadbiran Institusi dari semasa ke semasa.

SUBMIT YOUR ONLINE APPLICATION
IBTE Recruitment Portal


MUAT TURUN IKLAN


TEMPOH PERMOHONAN

TARIKH IKLAN
ISNIN
11 MEI 2026
TARIKH TUTUP
ISNIN
25 MEI 2026
Bagi permohonan yang tidak lengkap, tidak mengikut tatacara yang ditetapkan dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Institut Pendidikan Teknikal Brunei seperti berikut:

BAHAGIAN : UNIT PENGAMBILAN, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

ALAMAT : KAUNTER HUMAN RESOURCE & ADMINISTRATION, TINGKAT I, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, IBU PEJABAT IBTE

EMEL : recruitment@ibte.edu.bn

Ask us anything