NOTIS MAKLUMAN – PENANGGUHAN LATIHAN PENEMPATAN INDUSTRI PELAJAR-PELAJAR IBTE

30 Mac 2020
SIARAN AKHBAR

NOTIS MAKLUMAN – PENANGGUHAN LATIHAN PENEMPATAN INDUSTRI PELAJAR-PELAJAR IBTE SUSULAN PANDEMIK COVID-19

Berikutan dengan pandemik COVID-19 yang melanda di Negara Brunei Darussalam pada masa ini, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) ingin memaklumkan Penangguhan Latihan Penempatan Industri (Industrial Attachment) bagi Pelajar-Pelajar IBTE. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah pelajar-pelajar yang dijadualkan memulakan penempatan mulai pada 1 April 2020 ini.

Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar dalam menangani penularan pandemik COVID-19, Majlis Akademik IBTE telah memutuskan penangguhan Latihan Penempatan Industri tersebut selama satu (1) bulan dan akan memulakan penempatan mereka pada 2 Mei 2020 (tertakluk kepada situasi dan perkembangan semasa).

Sementara itu, pelajar-pelajar yang sedang menjalani penempatan industri atau on-job-training, adalah diaturkan untuk meneruskan latihan industri mereka seperti biasa. Walaubagaimanapun, bagi latihan/penampatan industri yang terjejas, pihak IBTE akan melaksanakan alternatif lain termasuk menempatan di institusi-institusi di bawah kawalan IBTE dan/atau membuat projek akhir tahun (final year project).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Industri dan Antarabangsa melalui emel iil.division@ibte.edu.bn

-TAMAT-

Tarikh: 05 Sya’ban 1441 / 30 Mac 2020
Rujukan: IBTE/A1/1.5

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Korporat
Institut Pendidikan Teknikal Brunei

Ask us anything