Majlis Penyampaian Sijil Foundation in Technical Education & NTec in Caregiver (Cancer Care)

Majlis Penyampaian Sijil Foundation in Technical Education & NTec in Caregiver (Cancer Care)

Seramai 9 orang pelatih telah menamatkan kursus Foundation in Technical Education (FTE) dan 9 orang pelajar yang telah menamatkan kursus NTec in CareGiver (Cancer Care) telah diraikan pada hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepada para pelatih dan pelajar ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengelola IBTE.

Majlis tersebut berlangsung di IBTE Kampus Sultan Saiful Rijal dan dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga pengelola IBTE, Yang Mulia Dr Hj Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Yang Berhormat Awang Haji Abd Hamid @Sabli bin Arshad; pegawai-pegawai kanan dari Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei dan pegawai-pegawai kanan dari IBTE.

Majlis diteruskan denga penganugerahan Anugerah Guru Pelatih Terbaik kepada Yang Mulia (17416) Sjn Muhd Umar Abd Aziz bin Abu Bakar, Guru Pelatih dalam Program Foundation in Technical Education.

Majlis seterusnya membuat lawatan ke Bangunan Akademi TVET dan diselajurkan dengan majlis perasmian penaiktarafan dan pengubahsuaian ‘Longhouse Training Restaurant’ IBTE School of Hospitaity & Tourism, Kampus Sultan Saiful Rijal yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Ask us anything