Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) secara maya antara Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Politeknik Ilmu Pelayaran Makassar & Politeknik Pelayaran Malahayati, Indonesia

Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) secara maya antara Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Politeknik Ilmu Pelayaran Makassar & Politeknik Pelayaran Malahayati, Indonesia

Gadong – Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara maya antara Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Politeknik Ilmu Pelayaran Makassar & Politeknik Pelayaran Malahayati, Indonesia telah berjaya dimeterai pada hari ini 30 September 2021.

Menandatangani bagi pihak IBTE ialah Dr. Hj Mohd Zamri bin Hj Sabli, Pengarah / Ketua Pegawai Eksekutif IBTE dan Dr Suhaimi bin Hj Abdul Wahab, manakala menandatangani bagi pihak Politeknik Ilmu Pelayaran Makassar Kapten Sukirno, Pengarah dan Kapten Hadi Setiawan, Timbalan Pendidikan Politeknik Ilmu Pelayaran Makassar dan bagi pihak Politeknik Pelayaran Malahayati ditandatangani oleh Tuan Joni Turiska, Pengarah dan Dr Ahmad Fauzi, Timbalan Pendidikan Politeknik Pelayaran Malahayati

Objektif penandatanganan MOU ini adalah bertujuan bagi mewujudkan hasrat IBTE untuk mempromosikan dan mengembangkan kolaborasi dan kerjsama formal antara IBTE BMA dan Politeknik Ilmu Pelayaran Makassar dan Politeknik Pelayaran Malahayati, Indonesia. 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa terhindar dari wabak COVID 19 oleh Ustaz Awang Mohammad Azami bin Awang Mohammad Nor dan diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan dari Pengarah Pendidikan Teknik, Dr Hj Mohd Zamri bin Hj Sabli.  Kemudian ucapan dari Pengarah-pengarah dari kedua buah Politeknik masing-masing. 

Dalam ucapan mereka, antara lain merasa bersyukur kerana dengan adanya kolaborasi melalui Penandatangan Memorandum Persefahaman (MOU) ini akan memberi peluang kepada semua pihak menjalinkan hubungan formal dalam pembelajaran dan latihan bagi melahirkan pelaut (sea-fearers) yang berkualiti.

Memorandum Persefahaman MOU yang dimeterai akan menjadi satu ‘milestone’ sebagai penanda permulaan satu usahasama yang akan membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada kedua belah pihak.  

IBTE adalah sangat komited dan sentiasa proaktif dalam menyokong pelbagai inisiatif pihak kerajaan dengan berkolaborasi bersama pihak industri bagi menghasilkan tenaga mahir yang mempunyai sifat keusahawanan serta memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri yang dapat bersaing dalam pasaran kerja.

Ask us anything