29th Majlis Konvokesyen IBTE Hari Pertama Sesi Petang

Berakas – Majlis Konvokesyen IBTE diteruskan lagi pada sebelah petang dengan penyampaiaan sijil-sijil HNTec dan Ntec kepada seramai 250 graduan.  Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis sekali gus menyampaikan sijil-sijil kepada graduan IBTE adalah YB Awang Hj Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arshad, Pengerusi Sabli Group of Companies selaku Ahli Lembaga Pengelola IBTE.

Graduan terdiri dari pelajar:

School of Agrotechnology & Applied Sciences
NTec in Aquaculture
NTec in Crop and Livestock Production
NTec in Food Processing
 
School of Aviation
HNTec Apprenticeship in Telecommunication and Information Technology
HNTec in Aircraft Engineering (Airframe and Engine)
HNTec in Electronic Engineering
HNTec in Electronic and Media Technology
HNTec in Telecommunication System
 
School of Building Technology Services
HNTec in Construction Engineering

Penerima Anugerah Pelajar Terbaik (Best Student Award) pada petang ini diterima oleh:

Yang Mulia Nurmaizan Izzati Afrina binti Mezlan (pelajar HNTec in Telecommunication Systems) dan

Yang Mulia Muhammad Alimin bin Hji Mahli (pelajar NTec in Crop and Livestock Production)

Majlis Konvokesyen IBTE akan diteruskan lagi pada 22 dan 23 Mac 2022 (pagi dan petang).  Sehubungan dengan itu, untuk memudahkan orang ramai khususnya ibubapa dan penjaga graduan, IBTE telah menyediakan platform untuk menyiarkan majlis ini secara dalam talian ‘Live Streaming’ melalui laman web http://ibte.edu.bn/r/29thConvoLive

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Korporat,

IBTE

Ask us anything