Berakas – Seramai 247 graduan IBTE menerima sijil pada sesi pertama pagi ini terdiri dari 146 graduan yang menerima Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (HNTec) dan seramai 101 graduan menerima Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (NTec). Penyampaian sijil ini disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Hjh Romaizah binti Hj Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Lembaga Pengelola IBTE.
Graduan terdiri dari pelajar:
School of Building Technology Services |
HNTec in Design and Draughting |
HNTec in Geomatics |
NTec in Building Craft |
School of Energy and Engineering Central |
HNTec in Automobile Technology |
HNTec in Electrical Engineering |
Antara penerima pada sesi ini adalah graduan dari IBTE School of Building Technology Services dan IBTE School of Energy dan Engineering Central.
Tetamu kehormat majlis juga menyempurnakan penyampaian hadiah kepada beberapa orang penerima-penerima anugerah seperti berikut:
- Anugerah Pelajar Terbaik (Best Student Award):
- Nur Huwaida Rafi’ah binti Awang Hamdani (HNTec in Geomatics)
- Nurul Fatin Syahirah binti Azemi (NTec in Building Craft)
- Anugerah Khas Pelajar (Student Special Award):
- Muhammad ‘Afif Mu’izzaddin bin Shahrul-Anuar (IBTE School of Energy and Engineering Central)
- Nurul Asyiqin binti Matarsad (IBTE School of Building Technology Services)
Majlis diteruskan lagi dengan sesi kedua sebelah pagi bagi penyampaian sijil kepada 239 graduan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat Yang Mulia Dr Hj Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan. Penerima-penerima pada sesi ini terdiri dari graduan lepasan IBTE School of Energy and Engineering Central dan IBTE School of Energy and Engineering Satellite. Dari jumlah tersebut, seramai 92 graduan menerima Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (HNTec) dan seramai 147 graduan menerima Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (NTec).
Graduan terdiri dari pelajar:
School of Energy and Engineering Central |
NTec Apprenticeship in Automotive Technician |
NTec in Electrical Technology |
NTec in Heavy Vehicle Mechanics |
NTec in Lights Vehicle Mechanics |
School of Energy and Engineering Satellite |
HNTec in Building Services Engineering |
HNTec in Instrumentation and Control Engineering |
HNTec in Mechanical Engineering |
NTec Apprenticeship in Refrigeration and Air-Conditioning |
NTec in Industrial Equipment Maintenance |
Majlis juga diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada dua (2) graduan, seperti berikut:
- Anugerah Pelajar Terbaik (Best Student Award):
- Nurnadia binti Ali (HNTec in Instrumentation and Control Engineering)
- Anugerah Khas Pelajar (Student Special Award):
- Noor Zuriah binti Mohammad Rapi (IBTE School of Energy and Engineering Satellite)