29th Majlis Konvokesyen IBTE Hari Kedua Sesi Petang

Majlis Konvokesyen IBTE diteruskan lagi disebelah petang bagi seramai 258 graduan dari IBTE School of Business terdiri dari 86 graduan yang akan menerima Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (HNTec) dan seramai 172 graduan menerima Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal Brunei (NTec).

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian ialah Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selaku Ahli Lembaga Pengelola IBTE.

Graduan terdiri dari pelajar:

School of Business
HNTec in Office Administration
NTec in Business Administration

Tiga (3) graduan menerima Anugerah pada sesi tersebut, iaitu:

  • Anugerah Pelajar Terbaik (Best Student Award):
    • Dania Juzaila bint Johari (HNTec in Office Administration)
    • Mohammad Adi Putra bin Abdullah Mohammad Shah (NTec in Business Administration)
  • Anugerah Khas Pelajar (Student Special Award):
    •  Nur Husnina binti Haji Yahya (IBTE School of Business)

Majlis Konvokesyen IBTE akan diteruskan lagi pada 23 Mac 2022 (pagi dan petang).  Sehubungan dengan itu, untuk memudahkan orang ramai khususnya ibubapa dan penjaga graduan, IBTE telah menyediakan platform untuk menyiarkan majlis ini secara dalam talian ‘Live Streaming’ melalui laman web http://ibte.edu.bn/r/29thConvoLive

Ask us anything