29th Majlis Konvokesyen IBTE Hari Pertama Sesi Pagi

Berakas – Seramai 1890 graduan diraikan di Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) pada tahun ini yang terdiri dari guru-guru pelatih yang telah menamatkan pengajian mereka di IBTE Akademi TVET dan pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian mereka diperingkat Diploma Peringkat 5, Sijil Tertinggi Kebangsaan Pendidikan Teknikal (HNTec) dan Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknik (NTec).  Majlis diadakan di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada sesi pagi ini ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan dan juga menyempurnakan penyampaian sijil-sijil pada pagi kepada seramai 210 penerima terdiri dari guru-guru pelatih dari Akademi TVET seramai 22 orang, Diploma (level 5) seramai 43 orang, lepasan HNTec seramai 97 orang dan lepasan NTec seramai 48 orang.

Graduan terdiri dari pelajar:

Graduan TVET Academy
 
Brunei Marine Academy:
Diploma in Nautical Studies (Level 5)
HNTec in Marine Engineering
 
School of Energy and Engineering Satellite
Diploma in Refinery Operator (Level 5)
 
School of Agrotechnology & Applied Sciences
Advanced Diploma in Maxillofactial, Facial Plastic & Reconstructive Surgery
Diploma in Palliative Nursing Care On The Job Training for Nurses (Level 4)
HNTec in Agrotechnology
HNTec in Pharmacy Technician
NTec in Assistant Nurse (Dental)
NTec in Assistant Nurse (General Nursing)
NTec in Caregiver (Cancer Care)

Majlis dimulakan dengan bacaan surah AL-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Hj Symsul Nizam bin Hj Badar, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Mohammad Bolkiah, Kampong Serusop; diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh pelajar HNTec in Business & Finance, Yang Mulia Abdul Mursyid Al-Murthada bin ‘Abdul Hadi.  Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Teknik selaku Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Yang Mulia Dr Hj Mohd Zamri bin Hj Sabli.

Selesai ucapan dari Yang Berhormat Menteri Pendidikan, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil-sijil sekali gus menyampaikan anugerah-anugerah kepada 2 orang penerima guru pelatih terbaik iaitu Yang Mulia Siti Umi Amirah binti Ra’emi Maleek, guru pelatih dalam Diploma in Technical Education dan Yang Mulia Nur Atiqah binti Haji Awang Mahani, guru pelatih dalam Foundation in Technical Education.  Manakala Yang Mulia Kaylle Marie Roxas Ramos, pelajar Advanced Diploma in Maxillofacial, Facial Plastic and Reconstructive Surgery (on the job training for nurses) PJSC adalah penerima Anugerah Pencapaian Terbaik.  Selain itu, 2 orang graduan iaitu Yang Mulia Royaffindy Anak Wahid, pelajar Diploma in Refinery Operator dan Yang Mulia Muhammad Najwan bin Anuar, pelajar HNTec in Agrotechnology masing-masing dianugerahkan Anugerah Pelajar Terbaik.  Bagi penerima Anugerah Khas Pelajar (Student Special Award) dianugerahkan kepada Yang Mulia Amal Nursyafiqah @ Amal Nurasyikin binti Haji Jeffri, pelajar dari School of Agrotechnology dan Applied Sciences.

Dengan mengambil kira Fasa Awal Endemik dan peraturan-peraturan khusus Kementerian Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan situasi COVID yang masih lagi menular, maka, majlis konvokesyen pada kali ini diadakan sebanyak lapan (8) sesi secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga (3) hari.

Walau bagaimanapun, untuk memudahkan orang ramai khususnya ibubapa dan penjaga graduan, pihak IBTE juga telah menyediakan platform untuk menyiarkan majlis ini secara dalam talian ‘Live Streaming’ melalui laman web http://ibte.edu.bn/r/29thConvoLive

Ask us anything