Celebrating 50 Years of Technical Education

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-50 JUBLI EMAS PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI

Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, BSB

8 Mac 2022 bersamaan 5 Syaaban 1443H

BSB –  Institut Pendidikan Teknikal Brunei telah mengadakan majlis sempena menyambut Jubli Emas Pendidikan Teknikal Brunei pagi ini bertempat di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola IBTE, ahli-ahli Lembaga Pengelola IBTE, Pegawai-pegawai Pengurusan IBTE, mantan-mantan pengarah, pegawai dan kaktitangan Pendidikan Teknikal Brunei.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Anuar bin Haji Salim, Pegawai Hal Ehwal Masjid.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Teknik, Yang Mulia, Dr Hj Mohd Zamri bin Hj Sabli.

Acara diteruskan lagi dengan ucapan dari wakil mantan pengarah, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Daud bin Haji Mahmud (Mantan Pengarah Pendidikan Teknik dan Mantan Setiausaha Tetap Pengajian Tinggi)

Turut menjadi tumpuan pada majlis tersebut adalah pelancaran laman web baru IBTE oleh tetamu kehormat.     Pada majlis tersebut juga, tetamu kehormat berkesempatan menyampaikan cenderahati kepada 10 orang mantan Pengarah-pengarah dan Pengarah  Pendidikan Teknik Brunei.

Kemudian tetamu kehormat dibawa untuk membuat lawatan ke petak-petak pameran yang antara lain mempamerkan mengenai sejarah dan pencapaian Pendidikan Teknikal Brunei dan seterusnya dinaiktaraf menjadi Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE)

Disediakan oleh

Unit Perhubungan Korporat

IBTE

Ask us anything